Saturday, June 1, 2013

RM10.40-RM1.50=RM7.90

Assalamualaikum.Fuh,rasanya dah dekat 2 bulan aku tinggalkan blog aku terkontang kanting sensorang.Kesian betul.Jari memariku yang halus ni pun rasanya dah kekok nak taip dekat keyboard ni.*ayt sastera sangat.hahaha.Well.korang tengok tajuk pun mesti curious kan?apa benda yang RM-RM bagai.ada jualan murah ka?tapi yang pasti,semua tekaan korang salah.meh teman nak kabo.

Kejadian berlaku hari Jumaat,about 1.30 pm.time tu orang lelaki tengah bersiap dengan baju melayu yang ala-ala teruna melayu terakhir.My mom buka kedai makan yang bersambung dengan rumah.Rumah pulak sebelah Masjid.So,hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk mengalahkan Perdana Menteri.Sebagai anak yang bertanggungjawab dan mithali,kena la tolong mak kat kedai..*ayat nak hebat ja.

Nak dijadikan cerita macam story of the year,ada sorang abang ni,dia minum milo ais.Then dah habis minum dia nak bayar la.tak kan nak blah macam tu.dah rasa hidup lama la tu.ok.back to the story,aku yang tolong kira untuk abang tu.Harga milo ais RM1.50 tapi aku pi bagitahu RM1.40 so abang tu bagi la RM10.40.aku dengan was-was pi tanya mak harga milo.hehehe..Ting.nampak tak aku silap dekat mana?kalau aku buka kedai,dah lama kedai aku kena tutup sebab diisytiharkan bankrup.Dah la ramai orang.aku dengan kalutnya kira guna otak dan bagi baki RM7.90 dekat abang tu.Korang try buka calculator fon korang,then step seterusnya korang kira la.

Sepatutnya baki RM8.90.Astagfirullahalazim.Abang tu pun blah macam tu ja.Aku rasa serba salah la dekat abang tu.So aku fikir lepas abng tu habis solat Jumaat aku akan bagi lagi seringgit dekat abang tu.Jeng Jeng Jeng.Lepas habis solat Jumaat aku pegang la seringgit tu.tunggu l abang tu lalu..Ting.abang tu lalu.dan aku tarik adik aku suruh bagi duit seringgit kt abang tu.

Oh no,takkan aku nak tengok dramatu kot.No.malu siot,Bak kata cikgu Addmath aku,malu melampaui batas-batas manusia.hahaha.Tunggu apa lagi,lari masuk rumah la.Adoi.fikir-fikir balik,macam mana aku boleh silap kira?aku ni tak dak la lemah math sangat.dan tak dak la bangang sangat yang bagi jawapan 1+1=Giyomi.Memang malu.Minggu depan macam mana aku nak hadap abang tu?Please help me,rasa macam nak lari pi Paris.hahahahha

#Moral value dan pangajaran
Jangan tergopoh-gapah samapi melakukan kesilapan yang boleh memalukan diri sendiri.

1 comment:

Kostya Shaknov said...

Голые:) проститутки Одессы поселок котовского
Красивая, стройная, ласковая, нежная... и просто веселая девушка составит приятную компанию настоящему джентльмену! Для меня слово мудрости ценнее золота.