6.FOKUS.
Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif.Namun begitu fahamkah kita apa yang dikatakan fikiran positif?Untuk kekal positif,kita perlu kekal fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri yang lebih positif.
Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai,berkawan dengan orang yang berfikiran positif,melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan seharian.Senyuman dan ketawa terapi paling mujarab secara semula jadi.
7.SEMUA YANG BERLAKU ADA ALASAN TERSENDIRI.
Setiap perkara ada hikmahnya.Jika tidak berlaku serta- mertaia mungkin akan terjadi pada masa depan.Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.
Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang daripada pengalaman mencabar.
8.BUAT DAN FIKIRKAN PERKARA BERFAEDAH.
Jangan bazirkan masa melayan gosip murahan,isu masa lalu atau andaian negatif dan perkara yang tidak boleh dikawal.Lebih baik tenaga kita dimanfaatkan pada perkara masa kini yang lebih positif.
9.JANGAN MENGELUH.
Tidak perlu mengeluh,apatah lagi mengadu,ia ibarat muntah yang membuatkan kita berasa lega tetapi orang sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati. *apabila kita meluahkan sesuatu,mesti ada orang akan bash, mesti diorang akan cakap 'benda macam ni pun nak kecoh'.So,benda yang terbaik ialah kita biarkan diorang nak cakap apa pun.janji kita tahu apa yang kita lakukan.
10.TIDUR SECUKUPNYA.
Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat,pasti keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cerdas.Sebelum tidur,sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan atas segala yang dikurniakan.
11.BERGEMBIRA.
Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu.Kongsikannya dengan keluarga rakan dan insan tercinta.Hidup cuma sekali tempuhilah dengan positif.
#Alhamdulillah,akhirnya part 2 dah habis.Korang lepas baca ni mesti korang dapt satu inspirasi kan??membaca jambatan ilmu..yes.Aku suka baca kenyataan or artikel macam ni daripada buku teks.hehehehe..
Semoga entry kali ini lebih bermakna dan memberi banyak kebaikan.Amin!
ini entry part 1 ----->http://efameztnuttedez.blogspot.com/2013/01/fikir-positif-part-1.html
ASSALAMUALAIKUM...SALAM SEJAHTERA..SALAM 1 MALAYSIA....TERIMA KASIH COZ SUDI SINGGAH AND FOLLOW BLOG NUTTEDEZZ.....LOVE U ALL...
Sunday, January 20, 2013
Saturday, January 19, 2013
Fikir Positif part #1
Assalamualaikum
Jangan sesekali kita membenci atau memikirkan yang jahat mengenai orang.Fizikal kita akan lemah apabila hati dan akal kita lemah serta negatif.
Yang negatif akan terus menjadi negatif jika kita terus negatif mengenai mereka.Namun ingat,optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif.
Ia sekadar pandangan itu difikir dan dilihat dari segi positif agar hasilnya jugak positif.
Mesej--------->jika kita terapkan nilai pemikiran positif,kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut. *panjang kan intro dia..AAK..ada aku kesah.korang layan je.tapi kalau rasa malas membaca.button pangkah ada kat atas.Alah.korang baca je la.Membaca kan Jambatan ilmu.BM 'A' ok!hehehe
1.KEKAL POSITIF.
Mungkin ada yang bersikap sinis atau ragu-ragu malas rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif.Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional mula membelenggu diri,cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif.
2.TETAPKAN PERKARA INGIN DILAKUKAN SETIAP HARI.
Setiap kali bangun tidur,fikirkan tujuan hidup dan perkara yang ingin dilakukan hari itu.Senaraikan perkara yang disukai mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik.Ambil perkara positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukannya hal remeh temeh.
3.JALAN KAKI PADA WAKTU PAGI.
Anggaplah ia sebagai aktiviti berjalan kaki terima kasih atau dilakukan dengan penuh rasa syukur.Ia akan memberikan ketenangan pada diri dan minda serta membuatkan kita bersedia untuk melakukan apa saja.Fikiran yang tenang membolohkan diri berfikir dengan bernas dan meluahkan idea baru.
4.JANGAN TERUS RASA KECEWA.
Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang ,apa kata bersikap optimistik dengan fikiran hala tuju selepas ini.Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan dengki,takut dan marah.Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.
5.INGAT.
Ingatlah kesukaran yang berlaku ini bukan petanda yang membawa kia ke jalan mati,sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik pada hari kemudian.
#Sampai sini saja part 1..esok cek smbung lain..hehehe..Cek sekarang agak malas nak bukak benda alah lagi buat aku asma..ok.x lawak..Korang jangan sedih la kalau korang dikecewakan sebab ada hikmah and pengajaran disebalik kejadian itu..Assalamualaikum
Wednesday, January 9, 2013
Kartun Kegemaran
ASSALAMUALAIKUM
Hari ni aku nak kongsi Kartun kegemaran aku.Just for fun.kalau tak suka button pangkah ada di sebelah kanan..*kejam gila tapi penyayang.Lol..hahaha..OK
1# aku suka NARUTO SHIPPUDEN..
aku suka layan cerita ni sebab Best..hahaha..cerita yang mencabar dan ada pengajaran.BERANI.
2#SPONGEBOB SQUAREPANT
Kartun paling Cute + Comel..hahaha.Spongebob watak dia Tak mengaku kalah #take note
3#Kaito Kid
Watak yang macho and cool
4#Conan
Cerita yang membawa kita untuk berfikir and menyelesaikan masalah
5#Chalk Zone
Cerita yang entah pape..tapi I like..Peace!
#Setiap cerita ada pengajaran.Janji kita kena fikir positif...
Monday, January 7, 2013
Snap
ASSALAMUALAIKUM
Korang layan je gambar yang aku snap ni.Location:Sungai Daun
Kenduri rumah Mak saudara
Pic ni dekat rumah tok aku
#boring je duduk dalam keta..So,snap2...
Saturday, January 5, 2013
MENIMBA?
ASSALAMUALAIKUM
Hello!Bro/Sis semua sihat??Ok.Kejadian ini berlaku kelmarin dan sama ada pada tempat kejadian.*macam nak buat laporan polis ja.Back to the story.Korang pernah dengar perkataan MENIMBA? mesti penah kan.'Menimba Ilmu,'Right?? Tapi ini lain.Menimba ni ialah perkataan orang dulu2.Perkataan ni digunakan untuk menangkap ikan menggunakan Timba or Tangan.Contohnya.Kolam tu dah kering.air dah sikit,so kaedah menimba digunakan
Yang nak dijadikan cerita of the year.Tok aku memang suka memancing.Petang2 mesti pergi memancing.Memancing kan boleh menenangkan fikiran!Right??Kelmarin Tok aku pergi menimba la dekat kawasan yang selalu tok aku mancing.Time aku dengan sepupu aku tengah lepak dekat rumah tok aku..Adik aku mai kata tok dok menimba..Apa lagi..Cucu2 yang ada kat situ semua pi dekat tok aku..hahahaha..
Maybe apa yang korang tengok ni macam kotor kan.But,SERONOK nak Mampus..Air dah kurang,so macam ni kaedah menimba?Korang nak try??
Kalau korang nak try,Mai laa..Location:Kampung Keladi.*Promote.kot2 boleh buat tempat perlancongan ke.Korang tengok berapa ramai cucu2 yang kat belakang tu!Tu baru separuh..hahaha
Tekun gila cari Ikan.Yang baju merah tu cousing aku.Nama dia Aiman.
HAHAHAHA..tolak pukoq dia satgi jatuh tertelan selut.Ok..Tak senonoh..hahaha ^_^
Ni view penuh untuk Tempat tu..Kat tempat ni ada Ladang kelapa sawit Abah aku,Ada sungai,ada Kerbau tok wan aku..Tempat ni memang Best..Korang nak melawat ka??And nak dapat pengalaman baru..Hubungi saya di Facebook or Twitter *gurau je..hehehe..Peace!
#Ni la kehidupan orang kampung.Memang best!Dekat bandar tak dak benda ni!Kan?Kan?
Friday, January 4, 2013
Aku,Geng dan Kelas baru
Hello,Korang semua sihat??Pergh..setelah sekian lama menghilangkan diri tanpa jejak dan bau.Entry first for this year.Dah lamajugak la aku tak bukak blog..apatah lagi nak mengupdate.No Way.Malas gila and no story yang menarik untuk digebangkan.hahaha.First day sekolah pun dah penat mengalahkan mamat Indon yang keje buat rumah walaupun aku just duduk and dengar Cikgu bagi ucapan yang berjela jela yang tak tahu tanda Noktah.*Tudia ayat!.hehhee
Hari ni aku dapat kelas!Tingkat 3.*Jenuh la nak naik turun tangga.Kalau ada lif ka apa ka senang la skit.Tak pun terbang macam superman.*tak payah superman la.spenda dok luaq.hahahaha*loklaq.Masuk2 kelas Nahhhh ambik kau.Tak dak tempat duduk sebab semua dah di parking!Tu laa..sapa suruh masuk lambat..
Then aku tengok la geng aku yang lain dah ada tempat duduk.So,terpaksalah ku membawa diri yang terpinggir ini..*ayat.mintak kaki bigfoot gila.
Setengah jam kemudian,aku bagi tahu geng Gb aku suruh cadang pelan kedudukan baru!Kami pun pulun la buat mengalahkan arkitek terhebat pada abad ini.Habis siap lukis pelan.My friend Zaim .dia la yang pi copy then paste pelan tu ke whiteboard..Habis dia mengkopi dan berpasta..aku tengok ada la yang dok bisik sambil tengok aku ang the geng..Aku bengang wa bangang jugak la...Dengan yakin dah beraninya.aku cakap 'Kalau tak puas hati cakap la.sat gi takut tak puas hati pulak susah'Nahhhh..Ambik kau!Dush!Dengan aku a.k.a Anak Mohammad jangan main2..Wa cakap tak bertapis dan berlapik norh..hehe
Lepas rehat baru Guru Tingkatan masuk and pilih la untuk carta organisasi kelas..Setiap jawatan mesti ada nama geng aku..hehe*bukan pulun.tapi nak membantu.*marah Koko beb! Dayana a.k.a Belumut jadi BENDAHARI and Aisyah a.k.a Belecah jadi K.KECERIAAN*ceria la sangat..Act,dia menyampah sebab nama dia kena sebut..hahaha.Ada aku kesah?
Pukul 12.30 baru nak ambik buku teks.Tu pun kena tunggu cikgu mai..tunggu2 jam sudah menunjukkan ke nombor 1.Time ambik buku untuk pastikan bilangan buu cukup ke tak.Argghhh..gajah beranak anak kucing..
ada 24 buah buku and semua tebal2..Patah tulang belulang ni.Balik minum Anlene la jawapnya!Time balik pulak naik Van.dah la van tu macam ikan sardin..Memey yahhh..Memey yahh..
Cerita ni agak tak dk kena mengena dengan tajuk..Muahhahax
#Belajar ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Baru berjaya.
Monday, December 24, 2012
Aku dan Result
Assalamualaikum.
What's up bro/sis.?*give hye five skit..hehe.Pergh,lama wa tak update blog ni.Bersawang plus berhabuk dah.Jenuh wa nak bersihkan.dah rupa bibik ja..hehehe..Korang semua dah makan?Ok.Mcm korang tgok tajuk la kan.Alhamdulillah dah seminggu aku ambil result.bukan result kehamilan.Gila ko!Result PMR!
Yes!Lari lompat-lompat jugak aku bila nak ambik result..hehe.*mcm budak tadika tak cukup susu ja..*Peace!Mai aku nak bawa korang pegi Hari aku nak ambik Result.Mesti korang Boring punya!AAK(ada aku kesah)hahahahhaa..
Pagi tu,aku bangun punya awal.Pukul 5 ko!Kunci Jam Merata.Jam Phone aku,kakak aku,jam dinding.jam tangan.*nmpak sgt bohong..hehehe.ishh.diam sudah.nanti kantoi.hehe.Apa lagi kalau dah bangun awal mcm ni!Aku ambil wuduk sembahyang hajat minta dilancarkan!Cewaaahh!*cita sikit-sikit sudah.Satgi kata Riak pulak..Huhahaha..Baju sekolah kemarin tu aku dah iron*Semangat perang la katakan.tak dak kena mengena gila!
Then dalam pukul 9.30,kita breakfast la dulu.Perut dok menari Tango ni..Nasi Lemak depan rumah jadi pilihan.hahaha..Habis makan.aku dengan kakak aku rempit pergi sekolah!Dalam hati menari breakdance dah!Akhirnya Sampai sekolah!Lutut wa dah lari masuk dewan.badan still duduk depan pagar sekolah.hahaha...
Waaaa..Sampai Dewan sekolah yang Gah lagi berprestij.*ko ingat Anugerah skrin ka?hahaha..Tengok dekat mana kerusi kosong.Wa selit-selit macam cacing cari tanah lembap.dan.jumpa pun kerusi kosong.Row ke empat!hehehe..
Arrgghhh!Pengumuman Result sudah bermula!duk dap duk dap.jantung berbunyi.Yes!akhirnya aku dpt juga!Naik pentas ko!macam menang Pelakon Wanita Paling Merapu..hehe...Alhamdullilah!Result wa Okayh..Dapat 7A je pon...hahahahaha...
Lepas dapat result wa tak bagi tahu mak aku pon..Saja nak Kasi suprise!Mak aku punya la dok telefon,mesej la.semua aku reject!*Kejam tak aku?tak kan??kan?? Salam habis cikgu yang ada!Wa balik dgn mak dayana!
Lepas Sampai rumah!wa tru Salam mak wa!hehe..mak wa tanya wa dapat berapa!Wa buat muka sedih. :(
Then wa cakap ar wa dpt berapa!Then semua tahniah-tahniah.aku pon mcm burung belatuk pun angguk sama-sama!hehehehe.
#Tak baik bangga-bangga ni..SPM yang penting!Caiyokk!
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)