Saturday, January 19, 2013

Fikir Positif part #1


Assalamualaikum


Jangan sesekali kita membenci atau memikirkan yang jahat mengenai orang.Fizikal kita akan lemah apabila hati dan akal kita lemah serta negatif.
Yang negatif akan terus menjadi negatif jika kita terus negatif mengenai mereka.Namun ingat,optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif.
Ia sekadar pandangan itu difikir dan dilihat dari segi positif agar hasilnya jugak positif.
Mesej--------->jika kita terapkan nilai pemikiran positif,kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut.  *panjang kan intro dia..AAK..ada aku kesah.korang layan je.tapi kalau rasa malas membaca.button pangkah ada kat atas.Alah.korang baca je la.Membaca kan Jambatan ilmu.BM 'A' ok!hehehe



1.KEKAL POSITIF.
       
         Mungkin ada yang bersikap sinis atau ragu-ragu malas rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif.Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional mula membelenggu diri,cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif.


2.TETAPKAN PERKARA INGIN DILAKUKAN SETIAP HARI.

       Setiap kali bangun tidur,fikirkan tujuan hidup dan perkara yang ingin dilakukan hari itu.Senaraikan perkara yang disukai mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik.Ambil perkara positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukannya hal remeh temeh.


3.JALAN KAKI PADA WAKTU PAGI.

     Anggaplah ia sebagai aktiviti berjalan kaki terima kasih atau dilakukan dengan penuh rasa syukur.Ia akan memberikan ketenangan pada diri dan minda serta membuatkan kita bersedia untuk melakukan apa saja.Fikiran yang tenang membolohkan diri berfikir dengan  bernas dan meluahkan idea baru.


4.JANGAN TERUS RASA KECEWA.

    Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang ,apa kata bersikap optimistik  dengan fikiran hala tuju selepas ini.Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan dengki,takut dan marah.Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.


5.INGAT.

     Ingatlah kesukaran yang berlaku ini bukan petanda yang membawa kia ke jalan mati,sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik pada hari kemudian.



#Sampai sini saja part 1..esok cek smbung lain..hehehe..Cek sekarang agak malas nak bukak benda alah lagi buat aku asma..ok.x lawak..Korang jangan sedih la kalau korang dikecewakan sebab ada hikmah and pengajaran disebalik kejadian itu..Assalamualaikum

 

No comments: