Friday, March 8, 2013

PINDAH KELAS

ASSALAMUALAIKUM.


Hello!*lambai-lambai tangan* Korang semua sihat?dah sebulan aku tak update blog.Jenuh aku bergotong royong dengan ahli rukun tetangga bersihkan blog ni.hehehe.ayat hiperbola kan?rasa macam nak terjun banggunan KLCC ja baca ayat ni.hahaha.Ok.stop.Sebenarnya,aku tak dak bahan or idea nak diolah.Otak seolah-olah jam di simpang empat.haha.nampak tak KEmengaruTan dia terserlah.

Tapi,malam ni aku nak cerita pasal kaitan antara kelas 4SA2 dengan 4SA3.Cerita ni sadis lagi menyayat hati..aku kelas 4SA2.Dalam kelas aku ada 35 orang.untuk kurangkan jumlah tu,pihak pentadbiran sekolah bukak lagi satu kelas iaitu kelas 4SA3.Dalam kelas 4SA2 aku duduk sebelah Dayana dan Amalia.Depan aku Khairi,Akmal dan Safwan a.k.a mamu a.k.a USS.nak tau kenapa USS.sebab dia nak jadi ustaz.Ustaz Safwan Sobri.alaaa..mcm singkatan untuk Ustaz Azhar Idrus(UAI) la.Dalam kelas tu aku rapat dengan depa jaa..Tiap2 hari depa la buat aku happy.dengan lawak spontan depa.Depa jugak yg selalu jadi mangsa usikan aku.

Nak dijadikan cerita yang sadis depa 3 orang ni kena pi kelas 4SA3.huuuu -__-.Hari Khamis tu depa dah tak sabaq2 nak pi kelas 4SA3 sbb dah tak nak duduk sekelas dengan aku.hehe..ye la.sebab tak tahan kena usik dengan aku.Then,aku terasa gila,aku cakap ar 'dah tak sabaq2 sangatkan nak pi kelas 3.pi la.bawak sekali dengan beg'..Lepas tu,diorang pun agkat meja dengan beg depa pi kelas sebelah.time aku cakap macam tu,aku tak tengok depa.aku tengok bawah sebab aku tak sanggup nak tengok depa pindah pi kelas 3..bak kata2 yang aku penah dengar:

Kadang-kadang apabila ingin melepaskan orang yang kita sayang,
Kita perlu membuat mereka sakit hati supaya apabila 
mereka pergi kita tak merasa begitu kehilangan!

Lepas depa pindah pi kelas 3.aku terus rasa sunyi,alone and tak macam takdak spirit dalam kelas 2.aku rasa down gila time tu.Kelas 2 dah takdak seri.dengan lelaki just 5 orang/perempuan 15 orang.Oh noooooo..rasa macam duduk keseorangan dekat padang pasir ja...

Lepas ni no more laugh,joke,no more serious face.aku akan rindu semua tu.Walaupun depa just pindah pi kelas sebelah.tapi tak sama macam depa duduk sekelas dengan aku..Lepas ni tak boleh la nak debat politik dengan Safwan.*budak sekolah mana boleh sembang politik*.Aisyah(Gb Crew ) pun kena pi kelas sebelah jugak..Semua yg aku rapat semua kena pi kelas 4SA3.Adoi.wa tak boleh terima maaaaaaa....

Aku akan RINDU semua tu.SEDIH gila..Tapi tak pe,aku try think positive.^_^

Saturday, January 26, 2013

Kenali Personaliti anda.

ASSALAMUALAIKUM


Hari ni ada kursus kepimpinan pengawas dekat sekolah dari pukul 7.45 a.m-2.00 p.m.Best jugak kursus tapi.*padahal semalam kau bukan main mengeliat cakap malas.*hahaha.And.hari ni aku belajar something yang menarik.aku rasa aku patut kongsi benda ni dengan korang.

Aktiviti pertama=Korang cuba genggam tangan korang.korang tengok ibu jari mana duduk dekat atas?Ibu jari kanan or kiri.korang reti tak?korang genggam la tangan korang.temukan tangan kanan dengan tangan kiri.Then tengok Ibu jari mana dekat atas.kalau tangan kiri dkt atas maknyanya korang guna otak kanan.begitu juga sebaliknya.

lebih kurang macam ni la.then tengok ibu jari korang .

Aktiviti  kedua=korang cuba peluk tubuh korang.tengok.tangan mana dekat atas.Kanan or kiri.ok.ingat jawapan korang.kalau tangan kanan dekat atas maknyanya korang guna otak kiri begitu jugak sebaliknya.

buat macam brother ni buat.hahaha.kalau macam brother ni tangan KIRI dia duduk atas.

Analisis dibuat lepas korang dah tahu jawapan korang..


Analisis:

1)AKTIVITI PERTAMA KANAN-AKTIVITI KEDUA KIRI

         Anda seorang yang:

a)KONVENSIONAL.(maknanya tradisional) seperti anda seorang yang mematuhi arahan dan tidak kreatif.Contohnya,bila orang suruh korang tanam bunga.korang just tanam bunga,korang tak baja or siram.kira macam korang ni bila orang suruh buat yang tu.tu la yang korang buat.Faham?
b)TANGGUNGJAWAB TINGGI.
c)KAWAN YANG BAIK.
d)TIDAK MUDAH PUTUS ASA.

KELEMAHAN ANDA IALAH:
Anda seorang yang tidak boleh kata tidak.Anda seorang yang suka menolong orang dan senang kasihankan orang.kadang kadang sikap ni boleh memakan diri kita sendiri.


2)AKTIVITI PERTAMA KANAN-AKTIVITI KEDUA KANAN.

        Anda seorang yang:

a)SUKA CABARAN.
b)RASA INGIN TAHU YANG TINGGI.
c)SUKA MELAWAN CAKAP ORANG.
d)AGAK POPULAR -dengan sikap yang straight to the point.orang macam ni jenis cakap tak berlapik.apa yang dia rasa.dia akan cakap.
e)BILA BERCAKAP NAK DENGAR POINT SAHAJA/NAK KERJA CEPAT.

KELEMAHAN ANDA IALAH:
anda seorang yang tidak berfikir panjang.


3)AKTIVITI PERTAMA KIRI-AKTIVITI KEDUA KIRI.

      Anda seorang yang:

a)PROFESIONIS-seseorang yang pentingkan kesempurnaan.
b)LOGIK
c)CAKAP TAK BERHENTI.
d)SEORANG KAWAN YANG BOLEH DIPERCAYAI.

KELEMAHAN ANDA IALAH:
a)cakap nak menang je.
b)tidak mempunyai ramai kawan.


4)AKTIVITI PERTAMA KIRI-AKTIVITI KEDUA KANAN.

      Anda seorang yang:

a)BERSIFAT LEADERSHIP.
b)KEPIMPINAN TINGGI.
c)TENANG/COOL.

KELEMAHAN ANDA IALAH:
a)Suka ambil tahu pasal orang lain.
b)terlalu fikir apa orang kata.cepat touching.



#Tu la apa yang aku belajar hari ni.Hope korang dapat motivasi dan inspirasi.




     

Friday, January 25, 2013

Cinta Jarak Jauh.

ASSALAMUALAIKUM


Korang semua sihat??mesti la korang semua sihat,kalau tak, tak la korang bersusah payah merentas gunung berapi sebab nak baca blog aku ni.hahaha.*hiperbola terserlah di situ.Dah dua tiga hari aku nak update entry baru ni.tetapi otak dah jam tahap jam dekat simpang empat Kl.so,aku batalkan je la nak mengupdate ni.lagi pun jari jemari halus lagi lembut ni malas nak menaip sebarang perkataan.*nampak tak ayat aku?Over gila.BM 'A' macam ni la.tetambah dapat cikgu yang terbaik.haha.Kalau bab melalut serah kat kau..haaha..Ok.Korang tahu kan apa tajuk entry ni CINTA JARAK JAUH.



Ini pendapat Anak Mohammad.Cinta Jarak Jauh ni ada bahagia dan ada derita..Bercinta jarak jauh ni membuatkan kita Rindu.So,bila kita berjumpa dengan pasangan masing-masing,rasa rindu tu membuatkan kasih sayang kita bertambah.Dan,yang paling penting,kita tak rasa bosan dengan pasangan kita.Betul tak pendapat Anak Mohammad selalu yang menulis ni??



1.MEMPERCAYAI SATU SAMA LAIN.
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.





2. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Sekarang ni zaman dah maju,zaman moden.Macam macam cara kita boleh berhubung..Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.





3. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.



4.JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.Kalau merajuk,jangan lama lama.nanti pasangan anda akan risau!



5. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.





6. REALITI
Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.



#Sampai sini je kut yang aku nak kongsi dengan korang..aku baru dapat berita yang otak aku tak boleh nak hadam..Hope korang dapat manfaat.Dan aku nak minta korang tolong doakan orang yang penting buat aku sembuh!Amin.

Sunday, January 20, 2013

FIKIR POSITIF part #2

6.FOKUS.
   
     Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif.Namun begitu fahamkah kita apa yang dikatakan fikiran positif?Untuk kekal positif,kita perlu kekal fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri yang lebih positif.
     Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai,berkawan dengan orang yang berfikiran positif,melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan seharian.Senyuman dan ketawa terapi paling mujarab secara semula jadi.


7.SEMUA YANG BERLAKU ADA ALASAN TERSENDIRI.

     Setiap perkara ada hikmahnya.Jika tidak berlaku serta- mertaia mungkin akan terjadi pada masa depan.Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.
    Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang daripada pengalaman mencabar.


8.BUAT DAN FIKIRKAN PERKARA BERFAEDAH.

     Jangan bazirkan masa melayan gosip murahan,isu masa lalu atau andaian negatif dan perkara yang tidak boleh dikawal.Lebih baik tenaga kita dimanfaatkan pada perkara masa kini yang lebih positif.


9.JANGAN MENGELUH.

     Tidak perlu mengeluh,apatah lagi mengadu,ia ibarat muntah yang membuatkan kita berasa lega tetapi orang sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati. *apabila kita meluahkan sesuatu,mesti ada orang akan bash, mesti diorang akan cakap 'benda macam ni pun nak kecoh'.So,benda yang terbaik ialah kita biarkan diorang nak cakap apa pun.janji kita tahu apa yang kita lakukan.


10.TIDUR SECUKUPNYA.

     Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat,pasti keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cerdas.Sebelum tidur,sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan atas segala yang dikurniakan.


11.BERGEMBIRA.

     Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu.Kongsikannya dengan keluarga rakan dan insan tercinta.Hidup cuma sekali tempuhilah dengan positif.


#Alhamdulillah,akhirnya part 2 dah habis.Korang lepas baca ni mesti korang dapt satu inspirasi kan??membaca jambatan ilmu..yes.Aku suka baca kenyataan or artikel macam ni daripada buku teks.hehehehe..
Semoga entry kali ini lebih bermakna dan memberi banyak kebaikan.Amin!

ini entry part 1 ----->http://efameztnuttedez.blogspot.com/2013/01/fikir-positif-part-1.html



Saturday, January 19, 2013

Fikir Positif part #1


Assalamualaikum


Jangan sesekali kita membenci atau memikirkan yang jahat mengenai orang.Fizikal kita akan lemah apabila hati dan akal kita lemah serta negatif.
Yang negatif akan terus menjadi negatif jika kita terus negatif mengenai mereka.Namun ingat,optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif.
Ia sekadar pandangan itu difikir dan dilihat dari segi positif agar hasilnya jugak positif.
Mesej--------->jika kita terapkan nilai pemikiran positif,kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut.  *panjang kan intro dia..AAK..ada aku kesah.korang layan je.tapi kalau rasa malas membaca.button pangkah ada kat atas.Alah.korang baca je la.Membaca kan Jambatan ilmu.BM 'A' ok!hehehe



1.KEKAL POSITIF.
       
         Mungkin ada yang bersikap sinis atau ragu-ragu malas rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif.Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional mula membelenggu diri,cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif.


2.TETAPKAN PERKARA INGIN DILAKUKAN SETIAP HARI.

       Setiap kali bangun tidur,fikirkan tujuan hidup dan perkara yang ingin dilakukan hari itu.Senaraikan perkara yang disukai mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik.Ambil perkara positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukannya hal remeh temeh.


3.JALAN KAKI PADA WAKTU PAGI.

     Anggaplah ia sebagai aktiviti berjalan kaki terima kasih atau dilakukan dengan penuh rasa syukur.Ia akan memberikan ketenangan pada diri dan minda serta membuatkan kita bersedia untuk melakukan apa saja.Fikiran yang tenang membolohkan diri berfikir dengan  bernas dan meluahkan idea baru.


4.JANGAN TERUS RASA KECEWA.

    Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang ,apa kata bersikap optimistik  dengan fikiran hala tuju selepas ini.Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan dengki,takut dan marah.Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.


5.INGAT.

     Ingatlah kesukaran yang berlaku ini bukan petanda yang membawa kia ke jalan mati,sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik pada hari kemudian.



#Sampai sini saja part 1..esok cek smbung lain..hehehe..Cek sekarang agak malas nak bukak benda alah lagi buat aku asma..ok.x lawak..Korang jangan sedih la kalau korang dikecewakan sebab ada hikmah and pengajaran disebalik kejadian itu..Assalamualaikum

 

Wednesday, January 9, 2013

Kartun Kegemaran

ASSALAMUALAIKUM


Hari ni aku nak kongsi Kartun kegemaran aku.Just for fun.kalau tak suka button pangkah ada di sebelah kanan..*kejam gila tapi penyayang.Lol..hahaha..OK

1# aku suka NARUTO SHIPPUDEN..



aku suka layan cerita ni sebab Best..hahaha..cerita yang mencabar dan ada pengajaran.BERANI.

2#SPONGEBOB SQUAREPANT



Kartun paling Cute + Comel..hahaha.Spongebob watak dia Tak mengaku kalah #take note

3#Kaito Kid



Watak yang macho and cool

4#Conan



Cerita yang membawa kita untuk berfikir and menyelesaikan masalah

5#Chalk Zone



Cerita yang entah pape..tapi I like..Peace!

#Setiap cerita ada pengajaran.Janji kita kena fikir positif...






Monday, January 7, 2013

Snap

ASSALAMUALAIKUM


Korang layan je gambar yang aku snap ni.Location:Sungai Daun



Kenduri rumah Mak saudara









Pic ni dekat rumah tok aku


#boring je duduk dalam keta..So,snap2...