Tuesday, April 24, 2012

MENGURANGKAN KEHENDAK DAN KEMAHUAN


Hello reader....
korang sihat?
dah lama Iffah tak menulis...
hahahaha...
Today.
kita akan bincang tentang

"MENGURANGKAN KEHENDAK DAN KEMAHUAN"

Reader sekalian,
kita memerlukan barangan dan perkhidmatan demi memenuhi kehendak harian.
tak salah kalau nak ikut kehendak,tapi kita kena la beringat.Apabila kehendak berlebihan,ini akan mengakibatkan perbelanjaan boros dan sampah berlebihan.
Lepas tu,mula la nak mengeluh,nak menyesal,sebab apa??
sebab duit dah "POKAI".
Nanti nak beli barang Keperluan dah tak dak duit..kan susah,

Kita memang pantang kalau ada SALE MURAH kan???


memang tak salah kalau kita beli time sale..ada kebaikan jugak kalau kita beli time sale murah.
tapi.korang pernah fikir tak??
walaupun SALE MURAH.mesti kita borong sakan.
kalau bawak RM 200..mesti lenyap.
Jadi..daripada kita beli barang yang dah ada..dan bkan barang keperluan..
baik kita simpan duit lebih tu dalam bank..
ada juga faedahnya...

Selain kita berbelanja.
kita mesti jadi PENGGUNA YANG BIJAK.
jangan KENA TIPU.
sebelum kita beli..
pilih elok-elok..tengak kandungan,label,tarikh luput and so on.
  
lagi satu sikap RAKYAT MALAYSIA.,...
Kalau ada makana percuma,sampel peruma,or barang promosi..mesti kita berlumba-lumba...ambil banyak-banyak..padahal last sekali..barang ni semua tetap bersemadi dalam tong sampah.
tak ke membazir?
MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN.
korang x nak jadi macam 'syaitan' kan??
x nak kan????

SO,iffah harap kita boleh amalkan sikap sederhana dan bertimbang rasa.Dengan ini..
SAMPAH DAPAT DIKURANGKAN.





Thursday, April 19, 2012

KITAR SEMULA




hello to my readers...
korang semua sihat..???
iffah harap korang semua sihat.
okay..
hari ni kita akan belajar tentang KITAR SEMULA

*macam cikgu pulak..

KEPENTINGAN KITAR SEMULA.


Kitar semula ialah proses menghasilkan barang-barang baru dari bahan terpakai dan tidak diperlukan lagi.
Beberapa jenis sampah pepejal saja yang sesuai untuk dikitar semula.Seperti kertas,bekas kaca,tin minuman,perkakas dan jenis plastik tertentu.



Semua jenis bahan yang sesuai dikitar semula dikumpul dan dihantar ke pusat memproses.Di sini,bahan -bahan kitar semula dikumpulkan mengikut jenisnya dan dihantar ke kilang untuk menghasilkan barang baru.


Iffah ada satu cerita yang Iffah alami sendiri.One day.Iffah pergi kedai runcit.
time nak bayar.tauke kedai ni cakap.
plastik ambik masa yang lama untuk lupus...
start hari tu....
kalau Iffah pergi mana-mana kedai..
Iffah tak akan ambik plastik.
kecuali macam barang basah like ikan,cabai and sebagainya.
So,Iffah nak syorkan.kalau korang pergi kedai runcit or man-mana kedai..
jangan ambik plastik!!!!!!!benda kecil just pegang..
kalau naik motor..letak je dalam raga motor..
tapi kalau dah banyak.pandai -pandai la.
hehe...sampai tauke kedai tu dah tahu perangai Iffah....
kalau Iffah beli barang..mesti tak minta plastik..

Kitar semula ialah cara berkesan untuk mengurangkan sampah.Dengan langkah ini,kita boleh mengelakkan pencemaran,mengurangkan belanja,menjimatkan tenaga dan memelihara alam sekitar.

GUNA SEMULA

Guna semua ialah usaha menggunakan barang-barang terpakai tanpa menukar bentuk asal.

Ramai di antara kita sudah lama menggunakan barang terpakai.Seperti botol,tin,bekas dan sebagainya.
Barang ini boleh dibasuh,dikering dan digunakan untuk dibuat bekas menyimpan gula,rempah,bijirin,air minuman,alat jahitan dan banyak lagi...
Botol kaca yang dah digunakan..Kita boleh buat pagar untuk tanaman kita.ataupun buat pagar untuk dijadikan hiasan  pada pokok bunga anda.
Pakaian lama juga boleh digunakan selepas diubahsuai.Kertas dan kadbod boleh digunting dan dijadikan barang perhiasan seperti bingkai gambar....Permainan dan peralatan lama boleh diubahsuai atau diperbaiki dan diguna lagi...



Kalau semua orang menanam sikap kitar semula dan mengamalkan dalam kehidupan.
INSYA ALLAH ..bumi kita akan bersih dan selamat..

MARI JAGA BUMI KITA.KERANA KITA HANYA MEMPUNYAI SATU BUMI.







Sampai sini saja...hehehehe...sikit kan??
nanti Iffah buat sambungan ye???