Friday, March 8, 2013

PINDAH KELAS

ASSALAMUALAIKUM.


Hello!*lambai-lambai tangan* Korang semua sihat?dah sebulan aku tak update blog.Jenuh aku bergotong royong dengan ahli rukun tetangga bersihkan blog ni.hehehe.ayat hiperbola kan?rasa macam nak terjun banggunan KLCC ja baca ayat ni.hahaha.Ok.stop.Sebenarnya,aku tak dak bahan or idea nak diolah.Otak seolah-olah jam di simpang empat.haha.nampak tak KEmengaruTan dia terserlah.

Tapi,malam ni aku nak cerita pasal kaitan antara kelas 4SA2 dengan 4SA3.Cerita ni sadis lagi menyayat hati..aku kelas 4SA2.Dalam kelas aku ada 35 orang.untuk kurangkan jumlah tu,pihak pentadbiran sekolah bukak lagi satu kelas iaitu kelas 4SA3.Dalam kelas 4SA2 aku duduk sebelah Dayana dan Amalia.Depan aku Khairi,Akmal dan Safwan a.k.a mamu a.k.a USS.nak tau kenapa USS.sebab dia nak jadi ustaz.Ustaz Safwan Sobri.alaaa..mcm singkatan untuk Ustaz Azhar Idrus(UAI) la.Dalam kelas tu aku rapat dengan depa jaa..Tiap2 hari depa la buat aku happy.dengan lawak spontan depa.Depa jugak yg selalu jadi mangsa usikan aku.

Nak dijadikan cerita yang sadis depa 3 orang ni kena pi kelas 4SA3.huuuu -__-.Hari Khamis tu depa dah tak sabaq2 nak pi kelas 4SA3 sbb dah tak nak duduk sekelas dengan aku.hehe..ye la.sebab tak tahan kena usik dengan aku.Then,aku terasa gila,aku cakap ar 'dah tak sabaq2 sangatkan nak pi kelas 3.pi la.bawak sekali dengan beg'..Lepas tu,diorang pun agkat meja dengan beg depa pi kelas sebelah.time aku cakap macam tu,aku tak tengok depa.aku tengok bawah sebab aku tak sanggup nak tengok depa pindah pi kelas 3..bak kata2 yang aku penah dengar:

Kadang-kadang apabila ingin melepaskan orang yang kita sayang,
Kita perlu membuat mereka sakit hati supaya apabila 
mereka pergi kita tak merasa begitu kehilangan!

Lepas depa pindah pi kelas 3.aku terus rasa sunyi,alone and tak macam takdak spirit dalam kelas 2.aku rasa down gila time tu.Kelas 2 dah takdak seri.dengan lelaki just 5 orang/perempuan 15 orang.Oh noooooo..rasa macam duduk keseorangan dekat padang pasir ja...

Lepas ni no more laugh,joke,no more serious face.aku akan rindu semua tu.Walaupun depa just pindah pi kelas sebelah.tapi tak sama macam depa duduk sekelas dengan aku..Lepas ni tak boleh la nak debat politik dengan Safwan.*budak sekolah mana boleh sembang politik*.Aisyah(Gb Crew ) pun kena pi kelas sebelah jugak..Semua yg aku rapat semua kena pi kelas 4SA3.Adoi.wa tak boleh terima maaaaaaa....

Aku akan RINDU semua tu.SEDIH gila..Tapi tak pe,aku try think positive.^_^

No comments: