Friday, January 25, 2013

Cinta Jarak Jauh.

ASSALAMUALAIKUM


Korang semua sihat??mesti la korang semua sihat,kalau tak, tak la korang bersusah payah merentas gunung berapi sebab nak baca blog aku ni.hahaha.*hiperbola terserlah di situ.Dah dua tiga hari aku nak update entry baru ni.tetapi otak dah jam tahap jam dekat simpang empat Kl.so,aku batalkan je la nak mengupdate ni.lagi pun jari jemari halus lagi lembut ni malas nak menaip sebarang perkataan.*nampak tak ayat aku?Over gila.BM 'A' macam ni la.tetambah dapat cikgu yang terbaik.haha.Kalau bab melalut serah kat kau..haaha..Ok.Korang tahu kan apa tajuk entry ni CINTA JARAK JAUH.



Ini pendapat Anak Mohammad.Cinta Jarak Jauh ni ada bahagia dan ada derita..Bercinta jarak jauh ni membuatkan kita Rindu.So,bila kita berjumpa dengan pasangan masing-masing,rasa rindu tu membuatkan kasih sayang kita bertambah.Dan,yang paling penting,kita tak rasa bosan dengan pasangan kita.Betul tak pendapat Anak Mohammad selalu yang menulis ni??



1.MEMPERCAYAI SATU SAMA LAIN.
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.





2. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Sekarang ni zaman dah maju,zaman moden.Macam macam cara kita boleh berhubung..Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.





3. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.



4.JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.Kalau merajuk,jangan lama lama.nanti pasangan anda akan risau!



5. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.





6. REALITI
Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.



#Sampai sini je kut yang aku nak kongsi dengan korang..aku baru dapat berita yang otak aku tak boleh nak hadam..Hope korang dapat manfaat.Dan aku nak minta korang tolong doakan orang yang penting buat aku sembuh!Amin.

No comments: