Sunday, January 20, 2013

FIKIR POSITIF part #2

6.FOKUS.
   
     Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif.Namun begitu fahamkah kita apa yang dikatakan fikiran positif?Untuk kekal positif,kita perlu kekal fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri yang lebih positif.
     Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai,berkawan dengan orang yang berfikiran positif,melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan seharian.Senyuman dan ketawa terapi paling mujarab secara semula jadi.


7.SEMUA YANG BERLAKU ADA ALASAN TERSENDIRI.

     Setiap perkara ada hikmahnya.Jika tidak berlaku serta- mertaia mungkin akan terjadi pada masa depan.Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.
    Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang daripada pengalaman mencabar.


8.BUAT DAN FIKIRKAN PERKARA BERFAEDAH.

     Jangan bazirkan masa melayan gosip murahan,isu masa lalu atau andaian negatif dan perkara yang tidak boleh dikawal.Lebih baik tenaga kita dimanfaatkan pada perkara masa kini yang lebih positif.


9.JANGAN MENGELUH.

     Tidak perlu mengeluh,apatah lagi mengadu,ia ibarat muntah yang membuatkan kita berasa lega tetapi orang sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati. *apabila kita meluahkan sesuatu,mesti ada orang akan bash, mesti diorang akan cakap 'benda macam ni pun nak kecoh'.So,benda yang terbaik ialah kita biarkan diorang nak cakap apa pun.janji kita tahu apa yang kita lakukan.


10.TIDUR SECUKUPNYA.

     Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat,pasti keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cerdas.Sebelum tidur,sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan atas segala yang dikurniakan.


11.BERGEMBIRA.

     Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu.Kongsikannya dengan keluarga rakan dan insan tercinta.Hidup cuma sekali tempuhilah dengan positif.


#Alhamdulillah,akhirnya part 2 dah habis.Korang lepas baca ni mesti korang dapt satu inspirasi kan??membaca jambatan ilmu..yes.Aku suka baca kenyataan or artikel macam ni daripada buku teks.hehehehe..
Semoga entry kali ini lebih bermakna dan memberi banyak kebaikan.Amin!

ini entry part 1 ----->http://efameztnuttedez.blogspot.com/2013/01/fikir-positif-part-1.html



No comments: